Sunday, May 10, 2015

Storyaboutagirl Part 3: Selamat Hari Jadi Ayah

Posted by storyaboutagirl at 12:00 AM

 Sayu.

Tatkala mencoret sesuatu arini. Sebak jadinya. (╥_╥)

Ayah. Kami akan sentiasa doakan untuk ayah dalam solat dan bacaan Al-Quran dan Yasin untuk ayah. Ada rezeki kami sedekah dan niat agar Allah ampunkan segala dosa dan kekhilafan ayah. ;(

Aku sebagai anak perempuan takkan putus mendoakan ayah. InsyaAllah.

Hari ni 10 May 2015 genaplah usia ayah 59 tahun. Dan genap 72 hari jugalah insan yang bernama ayah meninggalkan kami. Tiada apa yang oleh dikatakan apa perasaan aku sekarang. Yang pastinya REDHA. Kerana setiap yang hidup akan mati.

Terima kasih kerana menjaga dan membesarkan kami adik beradik dari kecik. Segala jasa dan pengorbanan ayah takkan kami lupakan. Semoga ayah tenang di sana.

Hanya doakan yang mampu kami iringi buat ayah. Kami rindukan ayah. ꒰๑•̥﹏•̥๑꒱

Terima kasih Ya Allah meminjamkan ayah buat kami. Semoga Engkau berikan kami kekuatan dalam menimpuhi segala ujianMu.

Doa untuk arwah ayah:

Allaahummaj'al wa aushil mitsla tsawaabi maa qoro' tuhuu ilaa rauuhi abii....Allahummaghfir lahuu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anhu wa akrim nuzulahuu wawassi' madkholahuu wataqobbal hasanaatihii wakaffir sayyiaatihii birohmatika yaa arhamar roohimiin.

"Ya Allah! Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku...Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikkannya, hapuskanlah kesalahannya, dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih."

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu daripadanya yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

Al-Fatihah.

Shared by: storyaboutagirl-chocolate
.: Please take out with FULL CREDIT. Thanks :.
~♥

0 comments:

♥ 환영합니다 ♥

 

our lady peace! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting