Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Its been 2 months since my ayah pergi menghadap panggilan illahi.
2 Bulan tu jugaklah kami sekeluarga cuba berdiri tanpa adanya insan yang bergelar ayah.
Tiada lagi ketua keluarga yg membimbing kami.
Mengimamkan kami.
Tiada lagi insan yg bakal jadi wali kami.
Pahit. Sedih. Down.
Cuba mencari kekuatan di saat semuanya seakan mimpi belaka.
Kekuatan itu aku dapat tatkala duduk di atas sejadah.
Memohon kepadaNya.
Mungkin. Kenyataan.
Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hambaNya.
Mungkin dalam suka dan gembira aku ada kala aku terlupa akan nikmatNya.
Ujian didatangkan untuk aku dan keluarga.
Sabar. Redha. Tabah.
Aku percaya everyone yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini.
Dunia yg hanya pinjaman.
Sebagaimana Allah meminjamkan ayah buat kami sekeluarga.
Crying.
Ketika Allah rindukan hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”"
- H.R Thabarani dari Abu Umamah -
"Sesungguhnya besar pahala itu sesuai dgn besar ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai sebuah kaum nescaya Dia akan mendatangkan ujian bagi mereka. Barangsiapa yang redha maka ia akan mendapatkan keredhaanNya. Dan barangsiapa yang marah, maka akan mendapatkan kemarahanNya.
- H.R At Tirmidzi -
Alhamdulillah.
Syukurku panjatkan pada yang Maha Esa.
Syukur.
Aku masih punyai keluarga yang kuat.
Syukur.
Aku masih punyai kawan² yang sentiasa mendoakan kekuatan untuk aku mengharungi ujian dan dugaan.
Bukanlah hidup jika tiada ujian dan dugaan.
Allah tahu apa yang terbaik buat aku dan keluarga.
I promise everything will be okay.
Im gonna be okay.
Yes, one day.
La Tahzan Innallaha Ma’ana.
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita."
Semoga Allah kuatkan hati hambaNya ini. Amin.
Shared by: storyaboutagirl-chocolate
.: Please take out with FULL CREDIT. Thanks :.
~♥
.: Please take out with FULL CREDIT. Thanks :.
~♥
0 comments:
Post a Comment