first of all sory to say! aku xde la pandai sgt or tau sgt psl PPSMI (Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik) nieh. tp... aku tau tu la topik yg paling hangat diperkatakan sekarang selain cite psl michael jackson. finally PPSMI dimansuhkan. dan berkuatkuasa thn 2012 subjek science & math tok skolah rendah & kebangsaan akan di ajar semula dalam BM. pergghh...
setelah sekian lama didebatkan akhirnya terkubur jugak. dilaksanakan oleh tun dr. mahathir 2003 tp dimansuhkan oleh tan sri muhyiddin 2009. hm.. sure ade yg suke skrg nieh. cikgu² pon x yah pepening dh nk mengajar. tp cam lain lak bg aku. hrm.. aku sokong ppsmi.
sebabnya:
1. aku rasa dh 7 thn ppsmi tu nape skrg nk jadi isu?! nape x dari awal² pelaksanaannya klu x setuju bangkang habis²?
2. aku rasa science & math jerk yg english yg lain still bahasa melayu ok?! betol x? so... ape yg nk di'isu'kan lagi?! lain la klu subjek bm pon nak di BI kan gak. tu mmg melampau la~~
3. mak aku cakap science & math tu penting!. kata la nk smbg blaja dlm field tu (medic especially). ade ke term² science yg diterjemahkan dlm BM sepenuhnya? bkn skrg nie kita byk pinjam perkataan BI ker?
4. aku rasa this is the best way tok bebudak kita belajar bahasa inggeris. dorg nieh kalau x dipaksa sure xde inisiatif tok belajar mendalami atau menguasai bahasa inggeris. secara x langsung gak ia dpt mengubah sikap org melayu itu sendiri yg nk sentiasa kne ketok~~
5. yg menjadi persoalan pada aku... sebelum dimansuhkan... ada x tanya dlu pendapat pelajar² tu sendiri. bagus ke x belajar science & math dlm BI? huh~~
6. aku rasa budak² sekolah ni jadi mangsa. kesian ye x? ye la first dh decide tok di ajar dlm BI then kne reverse blk ke bm plak. buku² dh di cetak. pembelajaran melalui interactive pon dh siap. hoh... abis cmne ngan courseware² tu erk? buat semula ker? buat membazir jerk. bih baik teruskan jerk. actually kita dh gone too far. we're on da right track indeed. i think student upsr, pmr & spm... yg cemerlang dr luar bandar pon semakin meningkat. so apa masalahnya lagi?!
7. pikir² balik... korg tau x... dalam dunia pekerjaan sgt mencabar bg org yg kurang fasih berbahasa inggeris! contohnya tok org macam akuk!! bg aku... biar la budak² nieh nangis sekarang. rasa betapa susahnya belajar BI sekarang coz smpai 1 masa dorg akan tau ape itu budaya berdaya saing. :)
8. aku tatau nk cakap cmne bila ppsmi nieh dimansuhkan. ape alasan², hujah² dorg yg paling kukuh, konkrit, valid?! just untuk memartabatkan bahasa melayu ker? kalu itu jawapannya... jangan takut. bahasa melayu x kan penah hilang! x semestinya kita belajar science & math dlm BI past abis class kita x bleh cakap melayu. jauh mana pon kita pergi. selagi kita ingat asal usul kita. sure melayu x kan penah hilang!!
9. aku bukan nak mengagungkan budaya barat atau bahasa inggeris itu sendiri. tp.. percayalah.. bahawasanya science & math itu penting utk diketahui dlm BI kerana term²nya yg bagi aku agak unik. kalau konsep boleh lagi la tok difahami. tapi cmne kalau kita nak hantar wakil tok hadiri conference dgn pakar² dunia tok bwk teknologi baru msk ke malaysia. pastu kurang fasih berbahasa inggeris. so cmne erh? haih~~ cmne aku nk explain erk? tp itu la yg akan berlaku.
10. aku nak mengeluh... kekadang terpikir. kt mana hala tuju sistem pendidikan kt malaysia nie?! lepas sumenya dimulakan sesenang jerk sistem tu dimansuhkan balik! begitukah setiap kali akan berlaku sekiranya orang baru akan ambil alih?! kalau ya, kesian kt bebudak skrg. diorg jadi mangsa experiment utk sesuatu masa. x boleh ke kita memperbaiki sistem yg ada? hm... ntah la.
aku x salahkan pulak org yg membangkang ppsmi nieh. memasing ade reason sendiri.
nieh pendapat aku. tatau pendapat orang lain camne... sama ke x ngan apa yg aku pikir sekarang! sapa aku tok cakap bebende nieh coz luar bidang aku. aku just seorang designer! tp penglibatan aku dalam pembikinan courseware membuatkan aku jadi camni kot! haha... seriously masa buat PPK mmg struggle gila. mental jadinya aku plus subject yg aku buat tu agak heavy. bayangkan~~ at least sedikit sebanyak aku blaja gak BI kn tok meng'improve' diri. so that y la aku rasa PPSMI nie penting.
so PPSMI dh dimansuhkan pon. harap² sumenya aman sekarang! aku harap 12 langkah yang diambil tok memantapkan bahasa inggeris akan berjaya la hendaknya. bukan mudah utk puaskan hati sume pihak! :)
akhir sekali maafkan aku kerana mungkin apa yg aku tulih kt sini sesedap aku rasakan. :) aku x mo merepek² lg. takut plak bila cita psl isu nieh. pergh... panjang lak cite aku nieh.
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
setuju dengan Su. Kite yang terlibat buat courseware (terutamanya melibatkan sains dan math) memang akan sedar betapa pentingnya subjek2 tu dipelajari dalam BI. tapi keputusan dah dibuat.
Orang pun dah buat keputusan. Tak akan setuju kalau Muhyiddin Yassin diangkat jadi PM. beberapa keputusan yg dia buat sangat bodoh dah terburu-buru.
ya Ee. BI sangat penting sekarang nie. kita x leh nak nafikan. di peringkat awal dh di tolak buta² macam mana bila masuk U nanti? ada BM x subjek tu nanti? padahal bila nk cari references sume dlm bi. x ke terkulat²?
if dari kecik kita biar je bebudak yang tak xtau BI... coz kita simpati or shud i kesian ngan diorang nanti bila dah besar things will get easier ke? tp tu la kita nieh... cepat sgt kesian.
betul la. kita x leh nk terburu². hm... kita xleh p kt 1 side jerk. dalam dunia sekarang mana² pergi pon BI first! 1 lagi bila kita dh besar ni sure kita tau betapa pentingnya BI tu.. contohnya tok org cam aku. haha... nak² lagi bila digunakan secara menyeluruh.
sekarang PPSMI ni dh dimansuhkan. xpe. terima je la. tgk lak pasni keputusan yg baru dibuat dgn langkah² yg disusun utk memantapkan lg bahasa inggeris nieh.
saya sokong sue!hidup sue..hahaha :P yurp rasa BI tu penting juga masa akan datang..sekarang nak interview pun in english...kesian budak2 sek akan datang nnt...
ish... jgn sokong saya. haha... saya cuma meluahkan apa yg saya rasa jerk. nape mesti nk patah balik ke belakang bila kita dh ke depan?
kesian student sekarang nieh. cam dh x bebas plak tok belajar. jangan dorg rasa terbeban sudah.
so pasni sendiri kne ingat la tok belajar & menguasai english nieh. (peringatan tok siri sendiri gak :D)
aceli bleh diteruskan projek tu tapi depa kena la apply di peringkat bwah dari sekolah tadika or sek rendah darjah 1. Takde la budak tu terkapai-kapai. Ini start tingktan 4 dah biasa ngn BM pastu nk score mana boleh kan. Patut diwajibkan diperingkat awal takde la shocking sgt.
hm... bukan dr sekolah rendah dh start ke blaja sc & math dlm BI? dr darjah 1 klu x silap. sekolah menengah pon dr form 1 dh start.
haih~~ ke org yg silap erh. tp nmpk adik org study sc & math tu dlm BI. :)
mmg sungguh bernas ayat2 yang bertepek dalam blog nih, tapi apa kan daya, kita semua hanya boleh cakap sahaja, orang lain yang amek tindakan.. tapi benda nih semua mesti bersebab dan pastinya ada orang menyangkal abes2an..
p/s - pelajar2 sekarang semuanya terlalu manja, itu pasal ler... dulu2 takder pon menjad halangan..
hm... tu r kita leh suarakan pendapat & pandangan jer. tp klu bende tu baik & berguna apa salahnya teruskan dak? tok masa depan dorg gak kan? PPSMI nie bagus pe?! :D
so apa yg nak ditakutkan?! hm... tu r. keputusan pon dh decide. so nk kata pe lagi?! luahkan dalam blog je la nmpknya... hihi... haih~~ wat malu je bangsa lain bleh blaja macam² bahase. org melayu?! hm...
bila la agaknya bangsa melayu nk maju klu asyik bangkang sana sini. org nk buat pembaharuan pon salah. hadeh~~
tu r. bebudak sekarang nieh manja sgt kot. malas 1 lagi penyakit. nak kne ketuk baru jalan? tp sampai bila? dlu xde pon camni...
saya sebagai pemerhati blog2 melalui google.. singgah di sini bagi komen jgk mengenai ppsmi ni... harap komen ni disiarkan.. (saya takde akaun blog, jgn panggil saya pengecut jika saya pakai id Anonymous..)
1. dah 7 tahun dilaksanakan.. tapi berjayakah? hasil "produk" dari perlaksanaan ni masih belum tercapai.. atau tak memuaskan... itu lah sebabnya isu ni berpanjangan... kalau dah success.. takde la berbangkit sampai skrg ni...
2. mmg subjek sains dan matematik lah tumpuan ppsmi ni.. kenapa nak jadikan isu bahasa melayu diajar dlm english pulak? cuba alihkan pandangan kita pada generasi muda di kampung2 pendalaman, bukannya tumpuan di bandar sahaja... tgk perlaksanaan gurunya dlm mengajar subjek berkenaan dlm english.. tak semua cikgu 'power' dlm english.. mmg english tu penting.. tak dinafikan.. subjek sains dan matematik pun penting.. utk memahami 'basic'nya pun penting.. bila dpt kuasai subjek tersebut, mustahil lah dorang menggelupur bila memasuki alam universiti(master, phD, degree) atau pekerjaan yang 'dikelilingi' dengan english... kita dulu pun belajar dlm bahasa melayu subjek2 tu.. dapat je skrg ni nak speaking sakan.. ramai je yg berjaya.. adakah golongan sebelum2 ni bermasalah? termasuk anda? jika benarlah, di mana anda skrg? merempat di kaki lima kah? soalnya memahami subjek2 tu paling penting... cuma golongan yang berada ($berwang$) dan menetap di bandar mungkin tak bermasalah dlm english.. tak kesiankah pada mereka di luar bandar? adakah bilangan mereka di luar bandar ni minoriti? jgn terkejut, sebilangan budak2 (luar bandar) yang tak faham english , diorang dah tak berminat utk bersekolah! adakah dengan mengajar subjek sains dan matematik ni melalui bahasa ibunda menghasilkan 'produk' sampah utk masa depan yang langsung tak memahami english? tgk di indonesia.. mereka angkat bahasa mereka, seluruh dunia iktiraf bahasa mereka.. layarilah mana2 website, bahasa indonesia mesti tersenarai dikalangan terjemahan bahasa2 lain...
3. setahu saya, istilah2 sains dan matematik dikekalkan dlm english.. cth: hukum newton, takkan lah nak diterjemah menjadi 'tonbaru' pulak! cth lain seperti istilah 'inershia' pun dikekalkan... tak menjadi masalah... penyampaian subjek2 tu penting, supaya mereka dpt memahami dengan baik... bukannya sekadar menghafal! ni la kebanyakkan golongan muda, teorinya power, praktikalnya hampeh! sebab zaman belajar cuma menghafal...
4. banyak lagi cara lain utk memastikan golongan muda ni fasih berbahasa inggeris... tidak semestinya mereka belajar sains dan matematik dlm english, mereka terus mahir english... apa guna subjek english di sekolah? siaran tv/wayang dengan cerita2 dari luar.. kenapa letak terjemahan melayu? tak payah la letak terjemahan melayu tu..
5. tanyalah juga pada menteri pelajaran, hasilnya (ppsmi) bagaimana.. memberangsangkan ke? tanya juga pada cikgu2 yang mengajar... feedback dari pelajarnya bagaimana...
6. mmg mangsa adalah pelajar... mereka jadi tikus putih.... sekejap itu, sekejap ini.. cd interatif boleh je pakai... takkan lah bila pembelajaran sains dan matematik ni kembali pada bahasa ibunda, semuanya (cd yang dah dibangunkan) jadi sampah... lagipun hasil feedback dari cikgu2 sendiri mengatakan banyak problem berkenaan cd tersebut.. contohnya tak boleh nak play, gambar tak penuh, slow dan kadang2 'hang'.. dan lain-lain.. pelajar luar bandar yang cemerlang meningkat? kalau setakat dua tiga orang yang cemerlang, itu belum dikira memberangsangkan lagi...
7. silap diri sendiri jgk kerana tak bersungguh2 dlm mencari ilmu... mengharapkan suapan dari yang lain takkan bawa kita ke mana2 pun...
8. pakar2 bahasa, cikgu2 dan tokoh2 dah bagi pandangan dorang berkenaan menda ni.. dorang tu pakar/tokoh... tentulah dorang lebih berpengalaman berbanding kita yang sekadar makan gaji ni..
9. sekali lagi seperti yg dah terangkan di atas.. istilah semua tu kekal dlm english... hantar wakil? pakar2 profesional malaysia ramai yang menang anugerah antarabangsa.. mereka ni bukan produk ppsmi pun.... tolonglah jgn perlekehkan bangsa sendiri...
10. itu dah lumrah kehidupan rakyat malaysia... dengan keputusan flip flop yang berterusan... jgn kata sistem pendidikan saja... cuba buka mata, tgk di luar sana.. byk lagi keputusan yang 'naik-turun' macam 'yo-yo'....
sekian..
terima kasih sebab sudi bagi pendapat kat sini. aku hargainya :D
1. the question here is, kenapa dorg x bring up this issue when the 1st year it was start & done? bagi aku 7 thn bukan terlalu awal ke tok kita nilai pencapaian PPSMI nie? why not kita berfikiran positif sket kalau ia baik utk
masa akan datang?
2. kita salu dgr pepatah melayu "meluntur buluh biar dari rebungnya", boleh x jgn gunakan alasan tok jadikan bebudak yg tinggal di ceruk kampung sebagai
alasan? dorg still lg fresh! n i know they can do it! tolong bagi masa tok diorg. cuba usaha tu dipertingkatkan. camne org dlu leh teror in english tp skrg english tu dipersoalkan pulak penggunaanya. sbb aku rasa dorg x cepat give up! berdisplin tinggi. dorg ada sikap keinginan iaitu cuba berusaha utk menguasai bahasa asing itu.sikap tu yg sepatutnya ada sekarang memandangkan kita
berada di zaman sains dan teknologi. tapi apa yg jadi? bebudak sekarang nie agak manja sikit bagi aku. tau nk senang jer. itu susah ini susah. tp sampai
bila kita nak macam tu klu kita x start belajar dr sekarang?! jgn jadikan negara lain sebagai alasan utk menolak PPSMI. klu kita nk ikut or jadikan contoh kenapa negara lain boleh memartabatkan bahasa dorg. kita tgk blk negara kita cmne. especially sikap dan mentaliti pemikiran org di malaysia nieh.
3. cmne dorg bandingkan rate tok subjek sc & math tu dlm BI yer? is it based this year vs last year result? sekali lagi aku mintak maaf. aku... rasa kita patut paksa dorg nie belajar BI start dr awal. If dorg learn 2 subjects nie in English secara x langsung will improve their vocabulary at least! yang penting usaha. sekali lagi aku dpt rasakan PPSMI really help us terutamanya org melayu sendiri utk improves english. x ramai org melayu yg boleh menguasai English dgn baik. x kira la dia dok bandar or kampung.
4. aku setuju ngan pendapat ko. byk cara lain tok pastikan golongan ni fasih berbahasa inggeris. tp camne pulak tok mereka yg malas?! dorg berusaha x
agaknya utk menguasai dan mendalami bahasa inggeris itu sendiri? contohnya melalui bahan bacaan yg berbahasa inggeris. takat nie aku x nmpk lg dorg ade inisiatif ke arah itu. thats why PPSMI still lg the best way tok permulaan. because nie jerk cara utk memaksa dorg menguasai BI.
secara x langsung dorg akan timbul minat tok belajar. bukan takat sc & math sahaja tp bahasa inggeris jugak. dalam erti kata lain PPSMI cuba mengubah sikap kita.
5. jika ditanya boleh x dorg ketepikan sume bende yg melibatkan isu tok kepentingan dorg sendiri? just think about the future. bkn utk sape pon tp bangsa kita sendiri.
6. biasanya sebelum CD² tersebut diedarkan ke sekolah². CD itu terlebih dahulu telah di testing oleh org² teknikal. so sepatutnya x timbul persoalan kenapa nk play gambar x penuh, slow & hang. kalau ade... sila check PC tersebut. sekali lagi... betul ke hanya 2 or 3 org sahaja yg cemerlang? jika
belum memberangsangkan lg... kita patut kaji di mana silapnya. tp perlu ke PPSMI dimansuhkan?
7. yerp aku setuju kesilapan dorg tu la yg x kn bwk dorg ke mana². dorg still lg kt kelompok yg sama tanpa ada usaha utk mengubah diri sendiri. so di sekolahlah melalui pendidikan mereka harus diajar dan didedahkan.
8. ya golongan pakar bahasa, cikgu² dan tokoh² dh bg pandangan dorg. tp semua setujukah dengan pemansuhan nie? boleh x klu pandangan kami² yg makan gaji nie jugak di ambil kira?
9. aku x memperlekehkan bangsa sendiri. actually bahasa inggeris & bahasa melayu sama pentingnya. tp aku kenapa kita kena patah balik ke belakang bila kita dh mula mengorak langkah tok ke hadapan. x boleh ke kita just memperbaiki sistem pendidikan itu lagi. pape pon.. depends kt diri
sendiri. yang aku tau bahasa melayu x kn hilang unless kita yg hilangkannya. pada aku kuasai bahasa inggeris & dalam masa yg sama memartabatkan bahasa melayu.
10. so, apakah matlamat utama PPSMI? bukan utk memajukan bangsa kita ker? if everytime kita change apa yg kita ade apa matlamat kita sebenarnya? kalau BI pon ade yg mempersoalkan kebaikannya mcm mana dengan BM? bukan patutnya suma leh score BM ke? tapi... BM pon ade yg gagal. so wat we can say? ikut je la kan? keputusan pon dh dibuat. so terima je la. kalau kne ubah lagi pon kita terima je la. aduh camne bangsa melayu nk maju camni klu asyik bantah sana sini. ada jerk yg x kena. janganlah politikan isu yg macam nieh that all.
sekian. neeway mekasih kerana sudi berkongsi pandangan.
Post a Comment