hanya tinggal 5 hari sahaja lg seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun baru 2009. tp sblm tu... kepada smue umat islam, selamat menyambut Maal Hijrah 1430 Masihi. KEMUNCULAN bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1430.
jom kita berhijrah menjalani hidup di dlm tahun 1429 kepada tahun 1430, hijrah dr sikap baik pd yg lebih baik or dr jahat pd baik, dr kurang iman pd lebih beriman. x terlambat rsenye tuk kite menginsafi diri kerana Allah sentiasa di sisi kite.
DOA AKHIR TAHUN:
" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda .
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia.
Selamat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."
DOA AWAL TAHUN:
" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya.
Ya Allah , Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, koncunya, tenternya dan penolongnya. Dan aku memohon perlidungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."
semoge... tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam seluruh dunia, Amin.
Sunday, December 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment