Thursday, June 3, 2010

Semoga Selamat Segalanya.

Posted by Suraya Hani at 10:45 PM

Sukarelawan atas kapal Rachel Corrie tekad teruskan misi

03/06/2010 8:38pm

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pengalaman ngeri 12 sukarelawan Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel yang menyerang flotila bantuan kemanusiaan untuk Gaza Isnin lepas, tidak melemahkan semangat satu lagi kumpulan sukarelawan negara yang berada di atas kapal MV Rachel Corrie yang sedang menuju ke destinasi yang sama.

Sebaliknya wakil pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka sudah lebih daripada bersedia untuk meneruskan misi menghantar bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza.

Katanya, mereka lega mendengar berita mengenai pembebasan kumpulan rakyat Malaysia yang ditawan itu, namun pada masa yang sama turut bimbang apabila mendengar mengenai layanan yang diterima.

"Kami berharap tidak akan melalui pengalaman yang serupa, tapi pilihan itu sebenarnya bukan di tangan kami.

“Kami bersedia menghadapi apa jua keadaan yang menanti, dan bertekad untuk meneruskan misi ini. Setiap orang di atas kapal ini nampak penuh bersemangat,” katanya bagi pihak sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie.

Beliau berkata, mereka berharap dengan tekanan antarabangsa dan sokongan pelbagai kerajaan, kapal itu akan diberikan laluan yang selamat ke Gaza. – Bernama

tatau nape start aku tahu bite israel serang aktivis yg bwk bantuan ke gaza, hati aku sayu. geram! marah. time tu gak la air mata aku bertakung. kejam gila org israel ni. bkn ke org dlm kapal tu xde senjata. so nape mesti nk tembak?!

just doa yg mampu mengiringi kapal yg kedua ni. hopefully sumenye selamat dr serangan rejim zionis laknatullah itu. semoga Allah melindungi mereka semua. Amin.

0 comments:

♥ 환영합니다 ♥

 

our lady peace! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting