Thursday, July 9, 2009

Muktamad!

Posted by Suraya Hani at 10:07 AM
first of all sory to say! aku xde la pandai sgt or tau sgt psl PPSMI (Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik) nieh. tp... aku tau tu la topik yg paling hangat diperkatakan sekarang selain cite psl michael jackson. finally PPSMI dimansuhkan. dan berkuatkuasa thn 2012 subjek science & math tok skolah rendah & kebangsaan akan di ajar semula dalam BM. pergghh...

setelah sekian lama didebatkan akhirnya terkubur jugak. dilaksanakan oleh tun dr. mahathir 2003 tp dimansuhkan oleh tan sri muhyiddin 2009. hm.. sure ade yg suke skrg nieh. cikgu² pon x yah pepening dh nk mengajar. tp cam lain lak bg aku. hrm.. aku sokong ppsmi.

sebabnya:

1. aku rasa dh 7 thn ppsmi tu nape skrg nk jadi isu?! nape x dari awal² pelaksanaannya klu x setuju bangkang habis²?

2. aku rasa science & math jerk yg english yg lain still bahasa melayu ok?! betol x? so... ape yg nk di'isu'kan lagi?! lain la klu subjek bm pon nak di BI kan gak. tu mmg melampau la~~

3. mak aku cakap science & math tu penting!. kata la nk smbg blaja dlm field tu (medic especially). ade ke term² science yg diterjemahkan dlm BM sepenuhnya? bkn skrg nie kita byk pinjam perkataan BI ker?

4. aku rasa this is the best way tok bebudak kita belajar bahasa inggeris. dorg nieh kalau x dipaksa sure xde inisiatif tok belajar mendalami atau menguasai bahasa inggeris. secara x langsung gak ia dpt mengubah sikap org melayu itu sendiri yg nk sentiasa kne ketok~~

5. yg menjadi persoalan pada aku... sebelum dimansuhkan... ada x tanya dlu pendapat pelajar² tu sendiri. bagus ke x belajar science & math dlm BI? huh~~

6. aku rasa budak² sekolah ni jadi mangsa. kesian ye x? ye la first dh decide tok di ajar dlm BI then kne reverse blk ke bm plak. buku² dh di cetak. pembelajaran melalui interactive pon dh siap. hoh... abis cmne ngan courseware² tu erk? buat semula ker? buat membazir jerk. bih baik teruskan jerk. actually kita dh gone too far.
we're on da right track indeed. i think student upsr, pmr & spm... yg cemerlang dr luar bandar pon semakin meningkat. so apa masalahnya lagi?!

7. pikir² balik... korg tau x... dalam dunia pekerjaan sgt mencabar bg org yg kurang fasih berbahasa inggeris! contohnya tok org macam akuk!! bg aku... biar la budak² nieh nangis sekarang. rasa betapa susahnya belajar BI sekarang coz smpai 1 masa dorg akan tau ape itu budaya berdaya saing. :)

8. aku tatau nk cakap cmne bila ppsmi nieh dimansuhkan. ape alasan², hujah² dorg yg paling kukuh, konkrit, valid?! just untuk memartabatkan bahasa melayu ker? kalu itu jawapannya... jangan takut. bahasa melayu x kan penah hilang! x semestinya kita belajar science & math dlm BI past abis class kita x bleh cakap melayu. jauh mana pon kita pergi. selagi kita ingat asal usul kita. sure melayu x kan penah hilang!!

9. aku bukan nak mengagungkan budaya barat atau bahasa inggeris itu sendiri. tp.. percayalah.. bahawasanya science & math itu penting utk diketahui dlm BI kerana term²nya yg bagi aku agak unik. kalau konsep boleh lagi la tok difahami. tapi cmne kalau kita nak hantar wakil tok hadiri conference dgn pakar² dunia tok bwk teknologi baru msk ke malaysia. pastu kurang fasih berbahasa inggeris. so cmne erh? haih~~ cmne aku nk explain erk? tp itu la yg akan berlaku.

10. aku nak mengeluh... kekadang terpikir. kt mana hala tuju sistem pendidikan kt malaysia nie?! lepas sumenya dimulakan sesenang jerk sistem tu dimansuhkan balik! begitukah setiap kali akan berlaku sekiranya orang baru akan ambil alih?! kalau ya, kesian kt bebudak skrg. diorg jadi mangsa experiment utk sesuatu masa. x boleh ke kita memperbaiki sistem yg ada? hm... ntah la.

aku x salahkan pulak org yg membangkang ppsmi nieh. memasing ade reason sendiri.

nieh pendapat aku. tatau pendapat orang lain camne... sama ke x ngan apa yg aku pikir sekarang! sapa aku tok cakap bebende nieh coz luar bidang aku. aku just seorang designer! tp penglibatan aku dalam pembikinan courseware membuatkan aku jadi camni kot! haha... seriously masa buat PPK mmg struggle gila. mental jadinya aku plus subject yg aku buat tu agak heavy. bayangkan~~ at least sedikit sebanyak aku blaja gak BI kn tok meng'improve' diri. so that y la aku rasa PPSMI nie penting.

so PPSMI dh dimansuhkan pon. harap² sumenya aman sekarang! aku harap 12 langkah yang diambil tok memantapkan bahasa inggeris akan berjaya la hendaknya. bukan mudah utk puaskan hati sume pihak! :)

akhir sekali maafkan aku kerana mungkin apa yg aku tulih kt sini sesedap aku rasakan. :) aku x mo merepek² lg. takut plak bila cita psl isu nieh. pergh... panjang lak cite aku nieh.

12 comments:

♥ 환영합니다 ♥

 

our lady peace! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting