Friday, February 29, 2008

thank you!

Posted by Suraya Hani at 2:43 PM 0 comments
ayarkk... this year... i turn 25! syukur alhamdulilah! aku masih lagi bernafas. mengharungi hidup yg makin penuh dgn cabaran. hope aku akan jd makin matang, makin tabah & mcm² lg. also hope my dreamz will come true. amin...

thnx 2 all my beloved friends. x kisah la kt mne korg wish... friendster, msg, ym & so go on thank u very much!! i really² appreciate it! luv u guyz!!

Thursday, February 21, 2008

fiza wedding

Posted by Suraya Hani at 5:12 AM 0 comments
fiza big day! ~16 february 2008~ kt felda tenggaroh, johor

sory guys.. niey jerk yg aku smpt upload.
:: penat pon x ilang lg sbnrnye. nk memblog pon mls. hihi... pape pon mmg syiok.. g jejln jejauh niey! pe lg dpt g laut. waa.. sonoknye! :D ::

Sunday, February 3, 2008

Erti sebuah Persahabatan

Posted by Suraya Hani at 2:28 AM 0 comments

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,

Kecuali diri sendiri…..
Tetapi… Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu…
Tetapi… jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.” (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.” (Hukamak)

♥ 환영합니다 ♥

 

our lady peace! Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting